RPH TAHUN 1 TOPIK : HIDUNG
Hari : Selasa
Hari : Selasa
Tarikh : 12 Julai 2011
Masa : 30 minit
Kelas : 1 Luhur
Bilangan Murid : 8 orang
Tema : Menyiasat Alam Kehidupan
Topik : 6. Hidung Untuk Menghidu
Standard Kandungan : 6.1. Mengklasifikasikan pengetahuan tentang pelbagai deria
Standard Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
6.1.2 Mengelaskan benda- benda yang berbau dan tidak berbau berdasarkan penyiasatan
6.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan
Pendekatan P&P : Inkuiri Penemuan
Kaedah : Perbincangan
KPS : Pemerhatian, berkomunikasi, meramal dan mengelas
KMS : Mengguna dan mengendali bahan dan peralatan dengan betul
KBKK : Mencirikan
BBM : kotak, sabun, kotak minuman, syampu badan, minyak wangi,
buku tulis, pemadam, pensel, pen marker, roti coklat, gam, tisu
basah beraroma, dan lembaran kerja
Pentaksiran : Interaksi verbal dan lembaran kerja
Perancangan P&P :
Fasa Pengajaran | Isi kandungan | Aktiviti | Catatan |
Orientasi ( 5 min ) | Mengenalpasti benda berbau dan tidak berbau | Beberapa orang murid menghidu dua buah kotak yang disediakan. Murid menyatakan kotak mana yang berbau dan tidak berbau. Murid menyatakan bau kotak dan meneka benda di dalamnya berdasarkan bau. | Jawapan murid : Kotak A berbau Kotak B tidak berbau KPS : meramal |
Pencetusan idea ( 5 min ) | Menyatakan jenis-jenis bau yang dapat dihidu oleh hidung | Sesi soaljawab :
| KBKK : Mencirikan |
Penstrukturan semula idea (10 min ) | Meramal benda berbau dan tidak berbau | Murid mengelaskan benda-benda yang disediakan kepada dua kumpulan, kumpulan berbau dan kumpulan tidak berbau. Murid menguji ramalan mereka dengan menghidu setiap benda yang telah dikelaskan. Murid menyatakan pemerhatian mereka dan mengelaskan semula benda-benda yang disediakan dengan betul. Murid menyenaraikan benda yang berbau dan tidak berbau dalam jadual yang diberi. (Rujuk Jadual 1) | KPS : Meramal, mengelas KMS : Mengguna dan mengendali bahan dan peralatan dengan betul BBM : Kotak minuman, gam, buku tulis, pensel, pemadam, roti coklat, minyak wangi, syampu badan, tisu basah beraroma, pen marker |
Aplikasi idea ( 5 min ) | Mengenalpasti dan mengelaskan benda yang berbau dan tidak berbau. | Murid menggunting dan menampal benda-benda berbau dan tidak berbau pada ruangan yang betul dalam jadual yang diberi. (Rujuk lembaran kerja 2 dan Lampiran 3) | KPS : Mengelas |
Refleksi ( 5 min ) | Kepentingan bau | Murid menyatakan secara lisan kepentingan bau dalam kehidupan seharian dengan bimbingan guru. |
No comments:
Post a Comment