Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran (P&P)
Bermaksud bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar mengikut hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Pendekatan P&P mempunyai pelbagai kaedah yang bersesuaian untuk mencapai hasil pembelajaran. Pendekatan P&P yang sesuai untuk mata pelajaran sains ialah :
- berpusatkan guru
- berpusatkan murid
- berasaskan sumber
Kaedah P&P
Satu siri tindakan guru yang sistematik serta berturutan dan bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang spesifik. Ia juga boleh didefinisikan sebagai cara mendekati hasil pembelajaran dengan langkah-langkah yang teratur atau tersusun. Beberapa kaedah P&P yang digunakan dalam mata pelajaran sains adalah :
- inkuiri penemuan
- konstruktivisme
- pembelajaran kontekstual
- pembelajaran masteri
Teknik P&P
Teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran.
Strategi P&P
Perancangan dan pengarahan operasi pembelajaran dan pengajaran mengikut hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Pemilihan strategi bergantung kepada kaedah dan teknik yang dirancang dan digunakan dalam pengajaran. Antara strategi yang boleh digunakan adalah :
- eksperimen
- perbincangan
- simulasi
- projek
- kerja lapangan
- penyelesaian masalah
No comments:
Post a Comment