Monday, 12 December 2011

Permainan Kerusi Berirama

Topik tahun 4 : Keperluan Asas Tumbuhan

Aktiviti yang dicadangkan : Permainan Kerusi Berirama

1. Guru meletakkan tiga buah kerusi di bahagian tengah kelas. Kerusi nombor 1 dilabelkan UDARA. Kerusi nombor 2 dilabelkan AIR. Kerusi nombor 3 dilabelkan CAHAYA MATAHARI. 

2. Murid-murid membuat bulatan di sekeliling tiga buah kerusi tersebut. Guru memainkan muzik.

3. Murid-murid akan duduk di kerusi apabila muzik berhenti. Murid-murid menulis nama masing-masing pada kerusi yang mereka telah duduk.

4. Murid mengulangi langkah 2 dan 3 sehingga murid berjaya duduk dan menulis nama di ketiga-tiga kerusi.

5. Murid yang paling awal berjaya duduk dan menulis nama di ketiga-tiga buah kerusi dikira sebagai pemenang.

Tahun 4 : Keperluan Asas Benda Hidup

Benda Hidup
  1. Manusia
  2. Haiwan
  3. Tumbuhan
Keperluan Asas

Keperluan yang perlu ada untuk terus hidup. Sekiranya salah satu daripada keperluan ini tiada, benda hidup tidak dapat meneruskan hidup dan akhirnya akan mati.

Keperluan Asas Manusia
  • Udara
Udara untuk bernafas. Pernafasan adalah satu proses yang dilakukan oleh semua benda hidup. Proses pernafasan melibatkan aktiviti menarik nafas dan menghembus nafas.
  • Air
Untuk menjalankan fungsi tubuh. Air membantu pengaliran darah dalam badan dan membantu proses menghantar zat-zat makanan ke seluruh badan.
  • Makanan
Memberi tenaga, membantu pertumbuhan badan dan mengekalkan kesihatan badan.
  • Tempat berlindung
Memberi perlindungan daripada cuaca buruk dan bahaya gangguan musuh dan binatang liar.

Keperluan Asas Haiwan
  • Udara
Udara untuk bernafas. Pernafasan adalah satu proses yang dilakukan oleh semua benda hidup. Proses pernafasan melibatkan aktiviti menarik nafas dan menghembus nafas.
  • Air
Untuk menjalankan fungsi tubuh. Air membantu pengaliran darah dalam badan dan membantu proses menghantar zat-zat makanan ke seluruh badan.
  • Makanan
Memberi tenaga, membantu pertumbuhan badan dan mengekalkan kesihatan badan.
  • Tempat berlindung
Memberi perlindungan daripada cuaca buruk dan bahaya gangguan musuh.

Keperluan Asas Tumbuhan
  • Udara
Udara untuk bernafas. Proses pernafasan bagi tumbuhan berbeza dengan manusia dan haiwan. Tumbuhan bernafas melalui liang stoma yang terdapat pada permukaan daun.
  • Air
Air membantu tumbuhan menghantar nutrien ke seluruh bahagian tumbuhan.
  • Nutrien
Membantu pertumbuhan tumbuhan untuk terus hidup dan membiak.
  • Cahaya matahari
Membantu tumbuhan dalam proses fotosintesis, iaitu proses tumbuhan hijau membuat makanan sendiri.

Friday, 9 December 2011

Pendekatan dan Strategi Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Sains

Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran (P&P)

Bermaksud bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar mengikut hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Pendekatan P&P mempunyai pelbagai kaedah yang bersesuaian untuk mencapai hasil pembelajaran. Pendekatan P&P yang sesuai untuk mata pelajaran sains ialah :
  • berpusatkan guru
  • berpusatkan murid
  • berasaskan sumber
Kaedah P&P

Satu siri tindakan guru yang sistematik serta berturutan dan bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang spesifik. Ia juga boleh didefinisikan sebagai cara mendekati hasil pembelajaran dengan langkah-langkah yang teratur atau tersusun. Beberapa kaedah P&P yang digunakan dalam mata pelajaran sains adalah :
  • inkuiri penemuan
  • konstruktivisme
  • pembelajaran kontekstual
  • pembelajaran masteri

Teknik P&P

Teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran.

Strategi P&P

Perancangan dan pengarahan operasi pembelajaran dan pengajaran mengikut hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Pemilihan strategi bergantung kepada kaedah dan teknik yang dirancang dan digunakan dalam pengajaran. Antara strategi yang boleh digunakan adalah :
  • eksperimen
  • perbincangan
  • simulasi
  • projek
  • kerja lapangan
  • penyelesaian masalah