Benda Hidup
- Manusia
- Haiwan
- Tumbuhan
Keperluan Asas
Keperluan yang perlu ada untuk terus hidup. Sekiranya salah satu daripada keperluan ini tiada, benda hidup tidak dapat meneruskan hidup dan akhirnya akan mati.
Keperluan Asas Manusia
Udara untuk bernafas. Pernafasan adalah satu proses yang dilakukan oleh semua benda hidup. Proses pernafasan melibatkan aktiviti menarik nafas dan menghembus nafas.
Untuk menjalankan fungsi tubuh. Air membantu pengaliran darah dalam badan dan membantu proses menghantar zat-zat makanan ke seluruh badan.
Memberi tenaga, membantu pertumbuhan badan dan mengekalkan kesihatan badan.
Memberi perlindungan daripada cuaca buruk dan bahaya gangguan musuh dan binatang liar.
Keperluan Asas Haiwan
Udara untuk bernafas. Pernafasan adalah satu proses yang dilakukan oleh semua benda hidup. Proses pernafasan melibatkan aktiviti menarik nafas dan menghembus nafas.
Untuk menjalankan fungsi tubuh. Air membantu pengaliran darah dalam badan dan membantu proses menghantar zat-zat makanan ke seluruh badan.
Memberi tenaga, membantu pertumbuhan badan dan mengekalkan kesihatan badan.
Memberi perlindungan daripada cuaca buruk dan bahaya gangguan musuh.
Keperluan Asas Tumbuhan
Udara untuk bernafas. Proses pernafasan bagi tumbuhan berbeza dengan manusia dan haiwan. Tumbuhan bernafas melalui liang stoma yang terdapat pada permukaan daun.
Air membantu tumbuhan menghantar nutrien ke seluruh bahagian tumbuhan.
Membantu pertumbuhan tumbuhan untuk terus hidup dan membiak.
Membantu tumbuhan dalam proses fotosintesis, iaitu proses tumbuhan hijau membuat makanan sendiri.